Monday, August 15, 2011

NYONG AREK NGOMONG OPO SIN SENIBINA DISEK.

Ehem....Salam perkenalan  buat semua pembaca yg sudi  meluangkn masa bagi membaca blog saya yg baru ini...kali ini saya akan bercakap mengenai definisi senibina yg tidak pernah di fahami oleh saya...oleh kerana ini blog saya jadi saya akan mengeluarkn pendapat saya tentang apa itu senibina...
    Ok, most of people kat luar akan berkate yg arkitek ni kejenye lukis-lukis, mewarna tu je la kot...tpi sepanjang pembelajaran aku di Kampus UiTM Seri Iskandar aku telah mempelajari yang senibina itu melibatkan pelbagai aspek dan pandangan...sepertinya jika kita hendak membina sesuatu, binaan tersebut haruslah mempunyai ciri yg fleksible bak kate orang putih...ok...senibina akan melibatkan pelbagai jenis ilmu di dunia ini seperti geografi,science,fizik,kimia,dan banyak lagi....seumpama kita akan berurusan dengan seluruh isi alam ini...kerana contohnya jika kita ingin membina sesuatu bangunan di kwsn pergunungan yg pada awlnye tenang dan suci...tetapi mungkin binaan kita itu akn menyebabkn keadaan sesuatu tempat itu rosak pada masa itu....malahan akan bertambah rosak pada masa akan dtg..

Wednesday, July 13, 2011

Green @rchitechtura

Green Architechture??ape ni...ak pon kurang faham...tpi bile diperhatikan senibina "kehijauan" ini...secara umumnye yg dapat dilihat seni bina ini menggunakan tumbuhan kepada bangunan yg telah siap dibina...tapi adakah itu digelar sebagai landskap kepada bangunan tersebut??
x serabut ke nk potong rumput ke??pokok yg menjalar kat bangunan 2?? pelik betul manusia ni...


Aku x pasti sangat dengan green architecture sbb ak seach kt google klua sustainable architectue lak maybe 2 perkara ini 1 bende yg sama kan sbb ciri2 nye pon lebih kurang...
meh bace kat sini jap.....
      Strategi untuk sustanable dan "kehijauan": Mengintegrasi Landskap dan Seni Bina untuk menjadikan bandar raya selesa. Bandar-bandar yang lebih sesuai didiami kite, lebih tip-top  kerana mereka boleh.1. Jimatkan Tenaga
1. Bandar: Kurangkan penggunaan kereta, Bina bandar yang padat,  transit awam,
persekitaran pejalan kaki
2. Bangunan: Insulasi, orientasi, pasif dan aktif tenaga solar.
Daylighting. teduhan@shading, sumber-sumber bahan yang 
sesuai..
2. Mengurangkan kesan Pulau Haba.
1. Membawa landskap ke bandar tempat berteduh, kualiti udara dan menggembirakan.Menanam pokok untuk teduhan, bumbung hijau, koridor hijau, mengurangkan paving
3. mengurangkan pencemaran
1. Recycle. Sumber kawalan pencemaran, mengawal pembuangan, mencari
alternatif kepada bahan-bahan pencemaran.
4. Jimatkan Air
1. Mengembalikan air hujan ke bumi (permeable paving). Landskap asli hanya
memerlukan pengairan sedikit. Mengurangkan hakisan. Merawat pencemaran yang tinggi.
5. memelihara Hidupan Liar
1. Melindungi habitat hidupan liar. Koridor habitat melalui bandar. Reka bentuk habitat bagi
hidupan liar (taman haiwan (macam zoo la kot) dan manusia)

 contoh projek green architecture:










          contoh green architechture..


Tuesday, July 12, 2011

BERSIH.

erm, assalamualaikum buat sesape yg membace entry blog ak kali ni....maybe ada pihak yg akn bercakap yg ak hanya menyokong pihak pembangkang bulat-bulat....xpe ak xkesah sbb memang ye ap yg pihak pembangkang ni buat ak rasekan betol...adakan korang berfikr yg kerajaan kita iaitu Malaysia, dipimpin oleh orang yg betol?? Dan ap pula salah ketua pihak pembangkang sehingga diberi berbagai fitnah yg secare logik akal tidak boleh diterime oleh manusia yg berakal, berilmu, bersekolah, beruniversiti jauh2 sampai ke Amerika selambe badak je dituduh buat bende yg menjijikkan berkali-kali...huish mane boleh sabar kalau macam tu bro....
   dan kali ini isu yg saya ingin ketengahkn adalah mengenai pemBERSIHan PRU ke 12 nanti...Anwar baru nk  
    mengadakn perhimpunan  yg menuntut 8 perkara supaya PRU :





1. BERSIHKAN  SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS


3. GUNA DAKWAT KEKAL


4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI


5.  AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL


6. KUKuHKAN INSTITUSI AWAM


7. HENTIKAN RASUAH


8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

      PERGH!!! baru anwar nk mintak 8 benda ni kerajaan dah cuak ke?? xkan (x nk tengok akedemi fantasia kot) dah cuak kot?? 

APE LAGI X PUAS HATI CHO??
CUKUPLAH BAPAK KO DAH JADI PM DULU.




Yg ak herannye sampai dipukulnye ahli perhimpunan ni oleh segelintir polis yg bengang sebab xdapat offday hari sab2 sampai berdarah,lebam,sorang pakcik yg lagi tua dari bapak ak ditangkap dan sesak nafas tpi  abg2 polis yg baik hati ni terlupe nak bagi pertolongan kat die sebab kecewa sangat xdpt cuti nk balik kampung tidur sblah mak...ish cube la kalau tu bapak korang xke rase nak lempor je deme2 polis ni ke sungei klang sblah pasar seni 2...
  
LA...WA INGAT ANJING KURAP JE LEPAS GIGIT ORANG TERUS BLAH...
RUPA2 ROBOCOP PON SAMA WO....


LA PATUT LA STRIKER MALAYSIA KURANG HEBAT...RUPENYE SILAP MASUK AKEDEMI..NI KALAU MASUKKAN DALAM TEAM MALAYSIA LAWAN ARSENAL,LIVERPOOL KE ATAU CHELSEA AD CHANCE NAK MENANG BESAR NI..
    APE LAH SALAH MEREKA NI SEHINGGA DIBANTAI TERUK MACAM NI??
ADAKAH MEREKA MEMBALING BOTOL??

GAMBAR NI PULA MERUJUK KEPADA RUSUHAN DI THAILAND??
ADAKAH PERKARA BEGINI BERLAKU DI MALAYSIA??

Monday, May 30, 2011

Salahuddin al-Ayyubi

wow...kalau kiter dengar name  Salahuddin Al-Ayubbi mesti rase bangge....sbab die ni pembebas Kota Jerussalam daripada tentera Salib yg Kejam?? Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya...walaupon name ak +- same ngan die...tpi prangai jauh berbeza.... :P  




SALAHUDDIN & SALIB...


Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa kerajaan Salib ini tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur ad-Din pada 1174, perang ini dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaitu as-Salih Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun 1181..Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186 (Mosul).

Sementara Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November, 1177. Dia ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Kesatria Templar.
Keamanan di antara Salahuddin dan negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Salahuddin meneruskan serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah menjadikannya orang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun 1185.
Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin menyerang negeri-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, beliau bertempur dalam Pertempuran Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy), raja negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.

Perang Hattin dan kejayaan tentera Islam menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (
Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib (lihat Kepungan Baitulmuqaddis). Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.
Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.
Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.